Monday, August 8, 2011

Pengenalan Kepada Perniagaan Internet #1

Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan internet, terlebih dahulu anda perlu untuk memahami apakah sebenarnya yang dikatakan perniagaan internet serta konsep asas perniagaan yang perlu anda fahami.

Apa itu perniagaan internet?
Perniagaan Internet bermaksud melakukan urus-niaga dan komunikasi dengan pelanggan hanya melalui Internet. Malah, sebahagian besar promosi dan pemasaran produk serta perniagaan dilakukan di Internet. - Sumber Wikipedia
Sebenarnya mungkin ramai yang tidak tahu bahawa konsep asas perniagaan internet adalah sama sahaja seperti perniagaan konvensional. Untuk kita mula berniaga sudah semestinya perkara2 berikut mesti ada pada kita.

1. Produk
2. Kedai ( platform )
3. Pelanggan

Tiga perkara diatas adalah ASAS kepada apa jua perniagaan yang akan kita mulakan cuma yang membezakan antara perniagaan konvensional dan internet adalah medium sahaja.

*Bersambung ;)

Saturday, July 16, 2011

BENGKEL MEMBUKA KEDAI ONLINE

Untuk maklumat semua, bengkel membuka kedai online Lot.My yang dikendalikan oleh saya masih dalam penyusunan akhir. Saya akan update dari masa ke semasa maklumat lengkap tentang bengkel-bengkel yang akan diadakan di beberapa kawasan kelak. 

Buat permulaan, Bengkel Membuka Kedai Online Lot.My akan diadakan di Baling, Kedah.

Info Bengkel :  

Tarikh: 23 hb Julai 2011 ( Sabtu )
Tempat: Kompleks Rakan Muda Daerah Baling. 
Masa : 9 pagi hingga 2 petang 
Yuran : RM 150 seorang
Makan, minum pagi disediakan.
Manual panduan dan sijil disertakan.
Tempat terhad kepada 20 orang sahaja.
Pastikan anda membawa bersama laptop bersama ( jika ada ).

20% diskaun bagi pendaftaran berkumpulan. ( minimum 3 orang )

Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi saya di talian 019-5542660.

Terima kasih. ;)

Wednesday, July 6, 2011

Teknologi, Peluang Dan Sifat Diri

Ramai yang berminat untuk memulakan perniagaan internet serta memperluaskan perniagaan dengan medium ini dan ramai juga yang masih sangsi dengannya. Tidak dapat dinafikan kerana inilah lumrah dunia. Setiap yang baik ada buruknya. Sama jugalah dengan teknologi baru ini.

Jika dahulu kaum Cina di bawa ke sini untuk menjadi buruh. Selepas menjadi buruh di Tanah Melayu di masa itu, kebanyakan kaum Cina terus memulakan perniagaan kecil-kecilan manakala kaum Melayu masih mengamalkan cara kehidupan seperti bercucuk tanam dan peliharaan binatang ternakan. Hasil tanaman dan peliharaan akan dijual kepada tokey-tokey Cina untuk dijual di pasar. Secara tidak langsung, kaum Cina telah mengambil peluang memulakan langkah untuk menjana ekonomi mereka. Jadi jika hari ini kita mengeluh untuk bersaing dengan kaum Cina dalam perniagaan janganlah kita salahkan mereka. Kita juga yg mencorakkan nasib kita sekarang.

Daripada negara berasaskan pertanian, negara telah mengalami satu proses Revolusi industri dimana daripada negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan industri. Semasa proses awal revolusi ini berlaku, rata-rata peniaga Cina yang ramai mengambil peluang ini. Selain dari syarikat-syarikat besar yang datang untuk bertapak di negara kita, kilang-kilang kecil ( iks ) juga tumbuh seperti cendawan. Kebanakannya dimonopoli oleh kaum Cina juga. Malahan sehingga sekarang 90% daripada perusahaan IKS HALAL Malaysia dimonopoli oleh kaum Cina. Sikat cepat merebut peluang oleh kaum Cina sangatlah kita patut contohi. Jadi perlukah kita menyalahkan kerajaan atau marahkan kaum Cina di malaysia ini atas apa yang mereka kecapi???

Sedar atau tidak seluruh dunia sedang mengalami REVOLUSI TERBESaR sejak revolusi industri dulu. Revolusi ini dinamakan TRANFORMASI MEDIA. Mahu tidak mahu kita sedang mengalami revolusi ini. Ya!! Revolusi ini sudahpun bermula. Revolusi ini telah memberi impak besar kepada dunia.

Barak Obama memenangi pilihanraya Presiden Amerika Syarikat dengan memanfaatkan sepenuhnya medium baru ini. Rujuk buku tulisan Rahaf Harfoush berjudul YES WE DID.
In Yes We Did, new media strategist and campaign headquarters volunteer Rahaf Harfoush gives us a behind the-scenes look at the campaign’s use of technology, from its earliest days through election night. She reveals strategic insights organizations can apply to their own brands. Discover how unwavering strategic vision and collaborative technologies–email, blogs, social networks, Twitter, and SMS messaging–empowered a formidable online community to help elect the world’s first “digital” President.
Selain itu, Negara kita juga tidak terlepas dari tsunami revolusi ini dimana kerajaan Barisan Nasional tewas 5 buah negeri dan tidak mendapat 2/3 majoriti kerusi parliman. Pembangkang lebih awal memanfaatkan teknologi media baru di Malaysia sehingga member impak besar dalam pilihanraya umum ke 12 lepas. Tidak dapat dinafikan teknologi-teknologi ini dibawa masuk ke Malaysia di era Tun Mahathir Mohamad lagi. Tetapi sifat dan perangai orang-orang Melayu masih seperti lama walaupun mereka sendiri yang mencipta peluang tersebut. Yang mengecewakan pula sikap kebanyakan pemimpin-pemimpin yang masih mengamal cara pemikiran era British walau kita telah berada di alaf baru ini. Dah terantuk baru nak terngadah.

Kejatuhan kerajaan Mesir pimpinan Husni Mubarak juga tidak terlepas dari impak media baru ini, dimana rangkaian social seperti Facebook dan Tweeter yang menjadi medan mempengaruhi kebangkitan rakyat Mesir untuk mengadakan demonstarsi bagi menjatuhkan Husni Mubarak. Akhirnya Mesir sekarang mengalami kerugian besar dari berbagai segi terutamanaya kepada ekonomi negara tersebut. Ini telah membuka ruang campurtangan asing dalam menentukan pembentukan pimpinan baru kerjaan kelak.

Revolusi Media Baru ini sangat berpengaruh sehingga dapat menjatuhkan sesebuah kerajaan yang kuat. Yang berjaya menangani dan mengimbangkan pengaruh revolusi ini hanya mereka yang sedar akan kepentingan media baru ini dan memanfaatkan penggunaan teknologi ini sepenuhnya.

Jika kita tidak mengambil peluang hasil dari revolusi ini, nescaya kita juga akan jauuuuhhh ketinggalan dari mereka-mereka yang telah mengorak langkah dengan memanfaatkan teknologi ini. Tepuk dada Tanyalah diri anda. Adakah anda telah bersedia? Atau anda sudah/masih selesa seperti dahulu kala?


Read more: Akuyan | Official Blog http://1akuyan.blogspot.com/2011/07/teknologi-peluang-dan-sifat-diri.html#ixzz1RGUFlK00

Wednesday, March 26, 2008

RENUNGAN UNTUK SEMUA

AMALAN UNTUK SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT
Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata, “ Telah dating seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.” Arab desa itu berkata: “Aku mahu menjadi orang alim.” Dibalas Rasulullah: “ Takutlah kepada Allah SWT.”
Dia bertanya lagi: “ Aku mahu menjadi orang paling kaya.” Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.” Bertanya lagi Arab desa itu: “Aku mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab Rasulullah: “Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya: “Aku mahu menjadi orang paling baik.” Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” Dia bertanya lagi: “aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.” Dan dijawab Rasulullah: “Banyakkan zikrullah.”
Arab desa itu bertanya: “Aku mahu disempurnakan imanku.” Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik ). “Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab desa itu bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat.” Lalu dijawab Baginda: “Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.” Rasulullah menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya: “Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.” Baginda menjawab: “Jangan menzalimi seseorang.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.” Baginda berkata: “Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya: “Aku mahu dihapuskan segala dosaku.” Baginda menjawab: “Banyakkan beristighfar.” Dia berkata: Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.” Lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya Rasulullah: “Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.” Baginda menjawab: “Sentiasa menyerah diri ( tawakal ) kepada Allah.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.” Baginda menjawab: “Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( daripada hadas ).”
Dia bertanya: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan Rasul-Nya.” Baginda menjawab: “Cintailah segala yang disukai Allah dan rasul-Nya.” Dia bertanya: “Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.” Baginda menjawab: “Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah: “Aku mahu diterima segala permohonanku.” Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.” Dia bertanya: “Aku mahu Allah menutup segala keaibanku pada hari kiamat.” Baginda pun menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya: “Siapa yang terselamat daripada dosa?” Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya: “Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala ).” Dia bertanya lagi: “Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya: “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?” Baginda menjawab: “Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih saying.”
Dia bertanya lagi: “Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”
Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.”


Total Pageviews

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More