Wednesday, March 26, 2008

RENUNGAN UNTUK SEMUA

AMALAN UNTUK SELAMAT DI DUNIA DAN AKHIRAT
Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata, “ Telah dating seorang Arab desa kepada Rasulullah SAW dan menyatakan tujuannya: Wahai Rasulullah! Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya: “Tanyalah apa yang engkau kehendaki.” Arab desa itu berkata: “Aku mahu menjadi orang alim.” Dibalas Rasulullah: “ Takutlah kepada Allah SWT.”
Dia bertanya lagi: “ Aku mahu menjadi orang paling kaya.” Rasulullah menjawab: “Jadilah orang yang yakin pada diri.” Bertanya lagi Arab desa itu: “Aku mahu menjadi orang yang adil.” Lalu dijawab Rasulullah: “Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya: “Aku mahu menjadi orang paling baik.” Baginda menjawab: “Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.” Dia bertanya lagi: “aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.” Dan dijawab Rasulullah: “Banyakkan zikrullah.”
Arab desa itu bertanya: “Aku mahu disempurnakan imanku.” Baginda menjawab: “Perelokkan akhlakmu.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik ). “Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab desa itu bertanya lagi: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat.” Lalu dijawab Baginda: “Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.” Rasulullah menjawab: “Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya: “Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.” Baginda menjawab: “Jangan menzalimi seseorang.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.” Baginda berkata: “Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya: “Aku mahu dihapuskan segala dosaku.” Baginda menjawab: “Banyakkan beristighfar.” Dia berkata: Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.” Lalu baginda menjawab: “Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya Rasulullah: “Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.” Baginda menjawab: “Sentiasa menyerah diri ( tawakal ) kepada Allah.” Dia bertanya lagi: “Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.” Baginda menjawab: “Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( daripada hadas ).”
Dia bertanya: “Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan Rasul-Nya.” Baginda menjawab: “Cintailah segala yang disukai Allah dan rasul-Nya.” Dia bertanya: “Aku mahu diselamatkan daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat.” Baginda menjawab: “Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah: “Aku mahu diterima segala permohonanku.” Baginda menjawab: “Jauhilah makanan haram.” Dia bertanya: “Aku mahu Allah menutup segala keaibanku pada hari kiamat.” Baginda pun menjawab: “Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya: “Siapa yang terselamat daripada dosa?” Rasulullah menjawab: “Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendak-Nya dan mereka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya: “Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala ).” Dia bertanya lagi: “Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?” Baginda menjawab: “Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya: “Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?” Baginda menjawab: “Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih saying.”
Dia bertanya lagi: “Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?” Baginda menjawab: “Sabar di dunia dengan bala dan musibah.”
Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.”


0 comments:

Total Pageviews

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More